Sunday, August 10, 2008

Berkorban Itu Indah

Patik nak berkongsi cite menarik dengan kawan-kawan semua..cite ni kawan patik yang hantar melalui email..jalan cite nya biasa je tapi amat bermakna bagi diri patik..jom sama-sama layan citenya..




Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana

pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun

menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang



"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya

daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah

engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku

memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan

tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi

tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.



Setelah ! makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun

hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si

ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh

kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia

dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.



Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi

kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang

dan dibakar.





Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan

berkorban sedikit sahaja bagi sesama?

Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang

tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.

Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika

sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu

untuk kepentingan orang lain dan seje! nak mengabaikan kepentingan

diri sendiri.



Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama

memang tidak mudah, tetapi indah.


Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang

berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita

akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.



Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang

mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia

melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia

lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak

akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan

kering dan jatuh.



Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita

akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan

baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan

kerendahan hati.



Jadi! kanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan

membawa sukacita tersendiri bagi anda Kita dapat berkorban dalam

banyak perkara.

Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,

memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan

yang dapat kita lakukan.



Yang mana yang sering kita lakukan?

Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau

menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

3 comments:

"sishoney" said...

berkorban itu memang indah jika kita tahu pengorbanan itu demi kejayaan,demi agama,demi bangsa,demi cita-cita....

echah_syed said...

beginilah pengorbanan seorg ibu & isteri kpd anak2 serta suami..semoga memperolehi rahmat dari yg esa :)

hikmatun said...

Salaaam wahai Syam al otai ganui. Dan juga salam ramadhan yang hampir sahaja menjelang ni.

Ya bagus sekali cerita di atas sih. Sesuai sekali dengan maksud dari AlQuran iaitu "Dan tolong-menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan menolong pada perkara dosa dan permusuhan".

Tolong menolong amat bagus sekali, tetapi ada batasnya, maka perlu tengok jugek apa yang di tolong tu. kalau setakat tolong belanja isap rokok baik x payah, kerana ia bukan membantu malah makin menambah penyakit pada kawan kita dalam jangka masa panjang, ih ih ih. Siapa yang akan merana nanti? Haa kita sama2 fikir la sndr :)

OK Syam, jaga diri bebaik sokmo, baarokallahu lakum :)