Monday, February 4, 2008

Masjid Kristal&Taman Tamadun Islam





































Semalam balik dari kerja abang long aku call ajak pergi kat Taman Tamadun Islam, lepas tu dia cakap boleh sembahyang maghrib kat Masjid Kristal.Aku ade jugak terfikir nak pergi kat tempat tu, nak tengok 21 replika masjid yang ada kat Taman Tamadun Islam tu..Aku bertolak dari rumah dah lewat,sampai kat sana pulak punyalah ramai manusia yang datang kat situ.Mujurlah abang long aku ade stiker VIP, jadi boleh masuk terus sampai dekat kawasan masjid.Kalau tidakkena jalan kaki lebih kurang 2km, daripada jalan kaki lebih baik aku tido je kt rumah.Sampai kat sana dah dekat pukul 7petang cuaca pun dah gelap, sempat ambik beberapa keping je gambar Masjid Kristal guna tepon cap ayam aku ni. Abang long aku boleh lupa nak bawak kamera dia, kalau tidak boleh dapat gambar yang lagi menarik..











Tak sempat aku nak ambik gambar 21 replika yang ade dekat Taman Tamadun Islam, tapi tempatnya belum siap sepenuhnya lagi.Dapat jugaklah aku tengok replika Masjid Negara, Masjid Al-Aqsa, Masjid Madinah, Masjid Turki, Taj Mahal dan banyak lagilah yang aku tak tau namanya..aku sempat sembahyang maghrib berimam kan Sheikh Jibreel,salah seorang imam dari Mekah.Dia punya suara memang power..






Yang aku rasa terkilan sikit bila sampai kat sana, bila tengok orang-orang yang datang cara berpakaian macam datang tengok konsert jom heboh..adusssssss..dah lah tak pakai tudung, rambut pulak warna perang.Pakai pulak sendat-sendat, mujur aku tak ambik gambar korang letak kat blog aku ni.Kalau tidak memang popularlah muka korang.. huahh..huahh..huahh..Yang datang berpasangan pun boleh tahan, tak kan korang tak tahu yang korang datang tu dekat kawasan masjid.Boleh pulak berdating dekat situ..
Aku rasalah korang ni datang salah tempat lah..Aku pun masih jahil bab-bab agama ni tapi korang pun boleh fikir sendirikan ape yang korang buat tu elok ke tidak..?







Aku haraplah Taman Tamadun Islam ni akan datang jadi tempat yang boleh datangkan banyak kebaikan tapi semalam aku tengok lebih banyak datang keburukan..Apa pun korang fikir lah sendiri apa tujuan korang datang kat sana nanti..


2 comments:

Jie said...

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."

Syam said...

mama jie

umat islam kita sekarang pergi ke masjid hanya untuk melihat keindahan masjid tapi bukan untuk mendirikan solat..tanda-tanda akhir zaman sudah nampak jelas di depan mata,kita hidup kenalah sentiasa berpesan-pesan..